February 28, 2013

langkah pertama.


kebelakangan ini memang menjadi bebanan buat aku. dua minggu yang panjang. ujian dari Tuhan kata orang tak henti kunjungnya, dengan cubaan menjadikan aku seorang yang lebih kuat. aku tak tahu apa patut aku rasa apabila semua ini berlaku semuanya dalam satu-satu masa. terkadang itu, semua perasaan itu larut sehingga ke suatu tahap tepu menjadikan diri aku… kosong.

aku ni secara jujurnya seorang yang bermotivasi tinggi dan positive orangnya. barangkali hasil didikan persatuan selama tiga tahun setengah drilled into my head atau aku memang lahir macam tu. aku pun tak tau. aku juga berpegang teguh dengan hasil didikan orang yang aku follow dalam twitter mewujudkan pemikiran untuk sentiasa bersikap neutral, tak kepochi dan peka dengan keadaan sekeliling. cuma there's no need to make fuss about something yang tak membantu kepada perkembangan diri.

kebanyakan masa aku ignore apa orang kata tentang orang lain. bagi aku semua itu pendapat masing-masing. tak semestinya dia tak suka A, aku turut juga kena benci pada A (misalannya). aku juga layan semua sama rata. kadang we choose to overlook imperfections and ciri kita tak suka pasal deep down human-core, semua-nya ada sesuatu yang baik. cuma cara mereka live their life berbeza. culture difference. 

bagi aku dalam dunia ini, tiada apa yang mustahil. selain daripada hal tersebut, possibilities untuk pelbagai perkara terjadi tu adalah limitless. susah atau senang sahaja pengukurnya. aku tak pernah rasa mustahil untuk graf diri aku sudah capai tahap sekata, masih boleh meningkat dan possibility untuk aku jadi lebih hebat tu ada. dan setelah beberapa tahun aku mencapai few success dalam organisasi, matlamat aku adalah peringkat nasional dan global. sekaligus sebenarnya menceritakan kenapa aku macam low-profile dan bangang di kampus pada masa kini.

nampak tak betapa positif nya pemikiran aku?

kita sebenarnya sentiasa menerima pelbagai ancaman dari anasir luar yang sentiasa menghakimi, memberikan pendapat mereka tersendiri (ada yang mempunyai kuasa mengenali karekter anda hanya dari nama!), ada juga yang berani cakap belakang, yang mengkeji, dan yang lain-lain. cuma terpulang lah kepada kita sendiri bagaimana hendak menangani masalah ini. hendak layan atau pun tidak. hendak ignore atau dibiar sahaja? lantak lah jawapan anda karena saya memang tak kuasa.

maka-nya tiba masa kini, aku rasa sudah cukup sampai aku bagi muka untuk membiarkan orang terus berbicara. biarkan mereka terus berkata dan aku teruskan dengan kerja. aku hendak ke Anfield, aku hendak ada master, nak jadi pioneer sebuah NGO, harapnya ada title Doctor. sometimes aku rasa farfetch gila aku punya cita-cita masa kini adelah one day nak bekerja dengan student, disebabkan nak mereka membentuk mentaliti global, sentiasa menjaga kebajikan dan memberikan semula sesuatu tak kira harta mahupun ilmu kepada masyarakat. masa depan negara semua terletak pada mereka. i know few people think it seems childish, sebab sekarang semua orang nak kerja yang ada gaji besar.

namun bagi aku mahasiswa ni core negara. tiada mereka, tiada golongan professional, golongan yang membantu golongan yang tertindas, golongan yang sentiasa buat program khidmat masyarakat dan sebagainya. terkadang ideologi tu tinggi dan memang power, cuma kadang tak tahu macamana nak salurkan that ideologi to greater use. let's say otak ni macam menara. sekolah tu macam bagi tapak dekat mentaliti, dan universiti tu tempat kita ambil bahan binaan dan mula menyusun menara tu. pendek menara, kita nampak tak jauh tapi lagi tinggi lagi jauh pandangan kita.

tapi aku juga manusia, aku ada imperfection tersendiri. banyak pulak tu. aku ni annoying, tak macho, tak hensem, pendek, kuat merepek, tak pernah serius, short-temper sikit jika kalau aku sampai limit, emotional (sikit) dan pemalas nauzubillah. tapi aku cuba look past that imperfections dan build a strong character.

akhir kata, aku dah tutup facebook aku, hopefully for good (cuma for START Carnival ni macam kena buka balik pasal nak promote) sebab sometimes its just too much reading unnecessary stuff dekat wall. i just need my close friends, you guys are my inspiration nak go forward (most of them dah habis belajar and kerja) dan aku pun nak join untuk berjaya. thanks guys.

old posts of this blog pun aku dah buang. twitter pun aku dah consider nak tutup but then again.. tweet count banyak sangat, tak sampai hati pula. but whatever, i want to start over. never too late nak jadi a better man, but we'll do it in a steady pace. step-by-step till we succeed. 

and thanks for taking your time to read tulisan picisan ini.

P/S : im currently involved with lots of social service projects, if any of you nak join.. do tweet me @harkzainal26 :)

1 comment:

n a d. said...

Keciknye tulisan...... Juling jugak mata nak baca T___T