March 05, 2013

the hark

tadi aku lepas habis kelas aku pegi KLCC. akhirnya ada juga peluang untuk aku menyelesaikan kerja tertangguh yakni menyiapkan video Karnival "Speak Through Art" atau singkatan-nya START Carnival. aku dah janji sebenarnya dari minggu lepas, namun masa senggang tak macam dulu, sekarang penuh saja setiap minggu. alang-alang dah ada ni, baik siapkan secepat mungkin.

tadi bila aku pergi makan dengan Amiruddin (En Jurukamera) aku macam tercerita pulak dekat dia pasal program yang telah aku lalui. sejak dari sekolah sebenarnya aku melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan leadership-motivation-kebajikan-kenalidiri types of program ni.

sebenarnya semua ini jadi by chance saja. aku tak pernah beriya nak masuk PRS aka Pembimbing Rakan Sebaya, KKDK aka Kelab Kaunseling dan Kerjaya atau GEL aka Global Excellence and Leadership. semua-nya percaya atau tidak, sebab aku termakan pujukan kawan. semua ini aku join pasal kawan ajak. akhir-nya mereka ke mana, aku terjadi orang penting pula. tapi itu prinsip aku, komitmen. aku akan teruskan perjalanan itu selagi ada jalan untuk aku lalui. bila dah tiba dekat persimpangan kehidupan, tiba masa untuk perjalanan baru.

aku sebenarnya dah tiga kali cakap aku tak mau join persatuan lepas habis tempoh pegang jawatan. tapi perkara-perkara macam ini tetap menghantui aku. somehow aku akan tetap berada dalam persatuan serta dalam program tak kira bagaimana cara-nya. kadang aku seronok tengok orang lain, lepas habis kelas tido, tengok movie, main game dan dating. kenapa aku tak boleh jadi macam itu? kenapa aku tak boleh jadi student lepas habis kelas, balik tidur dan ada seorang awek aku boleh ajak dating. 

for the past few years dalam hidup aku, dalam otak aku planning program, dan macam mana aku nak bahagikan masa untuk keluarga, rakan-rakan (5 jenis semuanya), meeting, kelas, buat assignment, dan paling penting masa untuk diri sendiri, dengan cara paling efektif serta tak membazir. sometimes, aku agak kecewa-lah pasal aku tak dapat nak bahagi-kan 24 jam itu untuk memuas-kan hati semua. dan sometimes juga aku kecewa pasal semua idea yang terbungkam dalam otak aku tak dapat dikeluarkan pasal tak sempat nak keluar. semua ada 24jam tapi memang tak cukup bagi aku. lagi-lagi sebab tak cukup tidur.

tapi agak tipu lah kalau aku kata aku tak seronok dalam apa aku lakukan. deep down inside, aku jujur-nya memang enjoy apabila dalam projek social service macam ni. sebab bila muda dan banyak tenaga ni, aku nak menyumbang-kan sesuatu balik kepada masyarakat. walau sebenar-nya apa aku buat ni kira agak picisan lah sebenar-nya, namun aku nak bagi balik kepada masyarakat. walaupun tak semua orang yang kita approach tu akan ambil apa kita sampaikan, namun aku tetap harap aku ada inspire sesiapa untuk meneruskan hidup mereka dengan penuh jaya walaupun pertemuan kadang-kadang sesingkat turun tangga dari tingkat 1 ke tingkat 2.

pening juga aku kadang-kala memikirkan nasib aku. tapi aku selalu ingatkan kepada diri aku, bila kita buat kerja kena niat ikhlas kerana Allah Taala. orang nak terima atau tidak, itu hak mereka. namun aku cuba yang terbaik and give 200% of whatever i have or had. cuma memang nak puas-kan hati semua pihak tu macam nak cakap epal buah terbaik dalam dunia. tak semua setuju.

persoalan macam ini sebenarnya dia akan berbalik kepada diri-sendiri jugak. kita sendiri rasa puas apa kita buat. kita rasa mission accomplish bila kita dah habis program. tapi lagi seronok bila semalam Ayah like post aku buat for START Carnival. at least good to know Mum and Dad is supporting all the way. thanks Mum and Dad. i owe you guys everything dalam hidup ni. 

or whatever mysterious reason, maybe i'm just born this way. :)

No comments: