so, while deleting old embarrassing stuff that i rather forget, i bump into the note that i wrote like 4 years ago. what's interesting about this note is, its in full Bahasa Malaysia and i am impressed (still am) with my words choice. so, i'll be copy pasting it here for you to read.
mind you, i was an angry kid back then. no judgement please.
According to the person who tagged me, we need to answer this in full Bahasa Melayu. So, this is it! :P
1. Bekas kekasih saya adalah :
--- nasha aziz.
2. Saya sedang mendengar :
--- lagu 'pergi' nyanyian aizat..baru dimuat turun..
3. Mungkin saya patut:
--- memulihkan diri saya dari mengalami kecelaruan hidup..dan tidak terlalu berfikir banyak...
4. Saya suka :
--- hidup saya yang sibuk kerana saya lebih fokus...walaupun begitu sesetengah faktor menyebabkan saya dilemma...
5.Sahabat-sahabat baik saya :
--- semuanya seringkali memberikan perangsang untuk saya tidak terus jatuh dalam menjalani hidup..
6.Saya tak paham :
--- mengapa usaha saya selama ini langsung tidak dihargai dan tidak dipandang..
7.Saya kehilangan :
--- keyakinan untuk mendekati golongan yang bernama wanita..
8.Ramai yang berkata :
--- saya seorang yang hebat...saya hanya lah golongan kebanyakan...
9.Makna nama saya :
--- cahaya kebenaran..saya cuba membawa nama tersebut sebaik mungkin...
10.Cinta itu adalah :
--- perkara yang membina sebuah tugu yang bernama taj mahal serta menjadikan romeo dan juliet membunuh diri..
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
--- tidak mengambil peduli tentang hati dan perasaan seorang lelaki..
12.Saya akan cuba :
--- untuk tidak marah kepada semua setiap kali saya mengamuk..maaf buat semua..
Ayat SELAMANYA membawa maksud :
--- dari kini hingga ke akhirnya...
14.Telefon bimbit saya :
--- tidak akan berbunyi sekiranya saya tidak menghantar mesej kepada sesiapa..dan akan mendapat panggilan yang banyak ketika program..terutamanya apabila saya terlewat bangun...
15.Bila saya terjaga dari tidur :
--- saya akan merasa bahawa kehidupan saya sangat menyedihkan..dan buat seperti biasa selepas 15minit..
16.Saya paling meluat apabila :
--- seseorang mengutuk atau mengkritik kelab saya tanpa sebab.
17.Pesta/Parti adalah :
--- tempat bersosial dan melepaskan tekanan...
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
--- seekor kucing bernama Newt..kerana ia adalah satu-satunya yang saya anggap sebagai anak saya..malangnya ia sudah tiada lagi.. :(
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
--- 16..kerana fikiran hanya memikirkan bagaimana hendak berseronok :)
20.Hari ini :
--- saya meletus secara professional kerana saya berada di masa dan ruang yang salah dan menyebabkan saya menulis nota ini untuk meluahkan perasaan (T_T)
21.Malam ini saya akan :
--- menenangkan fikiran dan mencari perkataan-perkataan untuk menjelaskan perkara semalam kepada "gadis k1"..
22.Esok pula saya akan :
--- menjadi lebih professional dan memeriksa adakah nama saya berada dalam senarai ahli jawatankuasa minggu haluan siswa...
23.Saya betul-betul inginkan :
--- berjumpa dengan rakan-rakan dari sekolah rendah dan pergi ke sekolah rendah...saya rindukan sekolah rendah yang amat sangat...
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
--- muka yang tidak berperasaan mungkin kerana mengantuk tetapi rambut tetap tegak :)
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
--- membeli belah...saya bukan seorang pemain permainan arked yang baik..
26.Makanan Barat atau Jepun :
--- saya akan makan keduanya..orang tamak selalu kenyang..
27.Bilik yang terang atau gelap :
--- bilik yang gelap...senang untuk berfikir...
28.Makanan segera adalah :
--- makanan yang tidak perlu ditunggu begitu lama sehingga air diminum sehingga setengah gelas...
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang
--- "maaf manap tak kejut..aku lupa yang kau pun nak pergi temerloh.."
30.Siapa yang anda nak Tag?
--- peminat-peminat saya :)
p/s : luahan hati seorang lelaki yang baru sahaja terkesima :-|
and reading this, i can't remember i just had the terkesima moment. but past is real and there is always a scar to prove it.
No comments:
Post a Comment