March 06, 2015

a mother's dream.

masa aku muda dulu, tingkatan 3 barangkali, Mama selalu membicarakan tentang suatu perkara ini apabila perbualan tentang pelajaran dibangkitkan.

"nanti awak pergi lah belajar medik dekat Russia, boleh Mama pergi oversea datang melawat."

lalu aku pun memilih untuk mengambil jurusan biologi ketika di tingkatan 4, dengan harapan suatu hari nanti boleh lah jadi doktor, lalu berapa tahun kemudian jadi specialist, lantas kaya-raya selepas merawat orang yang makin sakit di dunia ini.

rancangan dia bunyi memang lah menarik, cuma lepas beberapa eksperimen biologi baru lah aku sedar, aku takut nak bedah katak. apa entah lagi nak bedah orang. pemikiran aku nak bukak orang dan buat rawatan tu suatu mimpi ngeri buat aku yang tidak mempunyai keberanian sebegitu.

tapi perkara yang menarik buat aku adalah, aku sukakan subjek biologi serta bencikan kimia. perkara sebegini sangat lah ironi kerana akar tunjang biologi adalah kimia. haha. 

akhirnya termakan dek cerita Ayah yang merupakan peminat bidang kejuruteraan, lantas aku mengambil jurusan elektrik, kerana bunyinya sangat lah menarik serta pilihan popular di Malaysia. kenapa ia popular, aku pun tidak lah mengetahuinya. pada hari ini aku agak sedikit kesal dengan pilihan tersebut karena aku ingin menyambung jurusan komputer (yaa agak lol disini)

nak dijadikan cerita beberapa tahun kemudian, aku sudah pun berada di UK, lari sedikit dari Russia namun lari jauh dari bidang medik. namun begitu aku tetap bersyukur dengan doa berkat Mama dan Ayah aku berjaya menjejakkan kaki di bumi orang untuk melayari pengalaman yang dulu aku hanya boleh lihat dari skrin komputer dan aplikasi facebook.

cuma semakin ironi apabila Ayah pun kurang sihat, maka proses untuk Mama dan Ayah melawat itu terpaksa ditangguhkan. aku hanya boleh doa dan membayangkan sahaja bagaimana mereka semua di rumah. aku memang jarang membicarakan perkara sebegini, tapi memang aku risau tentang mereka di rumah.

apa-apa pun, aku berharap Mama dan Ayah boleh datang melawat secepat mungkin sebab anak anda ni teringin nak makan masakan Mama. wuuuu. dah separuh jalan dah belajar ni, tinggal separuh lagi nak habis. Mama kata nak datang masa raya, tolong lah datang, sebab teringin lodeh hahaha.

terima kasih pasal Mama dan Ayah selalu bagi sokongan, selalu doakan haq berjaya dan risaukan haq. semua emas kalau kumpul pun tak boleh bayar balik apa Mama dan Ayah buat untuk haq. 

but know this, all i ever wanted is to make you guys proud. i miss you both.

No comments: